Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

EMRAZ Travel & Tours | Membina Sebuah Jenama.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menyambut tahun baru 2019 kepada semua yang sentiasa menyokong laman web derekacreative.com. Artikel untuk tahun baru ini saya mulakan dengan berkongsi pengalaman semasa melakukan usahasama dengan sebuah agensi pelancongan di Putrajaya iaitu EMRAZ Travel & Tours Sdn. Bhd.

Sedikit pengenalan mengenai syarikat ini. Ia adalah sebuah syarikat pelancongan yang ditubuhkan sekitar tahun 2015 yang terletak di Ayer@8 Putrajaya. Semasa artikel ini ditulis, EMRAZ Travel telah mempunyai 3 cawangan negeri iaitu di Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Pemiliknya, Dr Zulkarnain Bin Endut adalah bekas pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lahir dari keluarga usahawan. Kiranya, selok belok dalam dunia perniagaan tidak asing bagi beliau. Pada awalnya, EMRAZ Travel & Tours masih belum mempunyai strategi penjenamaan yang tersusun dan ia perlu dibina sedikit demi sedikit dan ianya satu tugas yang agak mencabar.

Untuk membina sesuatu jenama, ia memerlukan usaha yang berterusan dan bermula dengan Asas Membina Jenama. Seperti biasa, antara langkah awal yang saya lakukan untuk syarikat ini ialah:

  1. Membina laman web syarikat.
  2. Membangunkan identiti korporat syarikat.
  3. Menghasilkan bahan pemasaran & pengiklanan.
  4. Melaksanakan strategi pengiklanan di Media Sosial.

Alhamdulillah, segala yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan syarikat ini mula mendapat perhatian oleh pelanggan terutamanya yang ingin menunaikan Umrah. Jom kita selusuri hasil kerja saya sepanjang menjalin kerjasama dengan EMRAZ Travel & Tours.

 

#Langkah 01 | Laman Web. 

EMRAZ Travel telah mempunyai laman web nya sendiri, namun terdapat terlalu banyak kekurangan yang perlu ditambah baik supaya ia berfungsi seperti yang sepatutnya. Isi kandungan laman web, user interface dan rekaan slider diberi nafas baru selaras dengan nilai korporat yang telah dipersetujui.

Saya juga diberi peluang untuk rebranding sebuah lagi laman web milik syarikat yang sudah lama tidak digunakan iaitu daftarumrah.com. Laman web kedua ini hanyalah berfungsi sebagai brand extension kepada laman web utama syarikat. i ye lah, dari terbiar begitu sahaja, ada baiknya digunakan supaya dapat membantu dalam membina jenama EMRAZ Travel ini.

Ok, jom layan rekaan laman web yang saya hasilkan khas untuk syarikat ini. 

 

Untuk review rekaan laman web ini anda boleh layari laman web tersebut di www.emraztravel.com dan www.daftarumrah.com.

 

#Langkah 02 | Membangunkan Identiti Korporat Syarikat.

Syarikat ini telah mempunyai rekaan logo yang dicipta oleh pemiliknya, maka tugas untuk membangunkan identiti korporat tidak menjadi terlalu rumit. Sesi penerangan oleh pemilik syarikat mengenai definisi logo serta pemilihan warna, jelas mengambarkan hala tuju syarikat ini.

Nama EMRAZ (Empayar Raja Zulkifli) dan pemilihan 3 warna utama iaitu merah, jingga dan biru (warna TRIVAGO) memberikan idea kepada saya untuk memulakan projek usahasama ini. Seperti biasa, saya mulakan dengan rekaan-rekaan berikut:

  1. Business Card
  2. Paper System (envelope)
  3. ID Card Staff & Lanyard
  4. Front Office Sticker
  5. Luggage Tag
  6. Sticker Design
  7. ID Jemaah Umrah

 

Selain dari rekaan-rekaan seperti di atas, tidak lengkap andai sesebuah syarikat itu tidak mempunyai rekaan Korporat profile. Profile syarikat saya sediakan dalam dua bahasa iaitu version bahasa melayu & English version.

 

Untuk lihat rekaan penuh Company Profile sila Kliks di sini 

 

#Langkah 03 | Bahan Pemasaran & Pengiklanan.

Aktiviti pemasaran merupakan nadi kepada hasil jualan sesebuah syarikat. Walaupun nilai estetika (rekaan) dikatakan tidak banyak mempengaruhi keberkesanan sesuatu strategi pemasaran namun secara lumrahnya manusia sukakan kepada sesuatu yang cantik dan menarik. Berikut pula adalah bahan-bahan pemasaran yang saya hasilkan untuk syarikat ini:

  1. Poster-poster
  2. Banner 
  3. Bunting
  4. Booth
  5. Voucher

Antara rekaan Poster yang saya hasilkan:

Antara rekaan banner pengiklanan yang saya hasilkan:

 

 Antara rekaan bunting pengiklanan yang saya hasilkan:

 

Tidak lengkap rasanya jika tiada booth untuk aktiviti pemasaran.

 

 

#Langkah 04 | Strategi pengiklanan di Media Sosial.

Trend terkini menggunakan platform media sosial memang tidak asing lagi dalam teknik pemasaran. EMRAZ tidak ketinggalan dalam menggunakan platform media sosial terutamanya Facebook untuk mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara posting pengiklanan FB yang sempat saya hasilkan adalah seperti berikut.

 

 

 

Akhir Kata. 

 

Gambar Kenangan Mesyuarat Bersama Pengasas , CEO dan Team Sale & Marketing EMRAZ Travel & Tours Sdn.Bhd

 

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan EMRAZ Travel & Tours Sdn. Bhd serta semua kakitangan yang memberi kerjasama yang baik sepanjang usahasama ini berjalan. Saya doakan agar syarikat ini terus maju dan berdaya saing dalam industri pelancongan negara.

Andai ada sumur diladang, izinkan saya menumpang mandi, andai ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi | In Sha Allah. Mana-mana syarikat yang ingin menjalinkan usahasama boleh lah hubungi kami untuk perkhidmatan rekaan grafik, rekaan laman web, pemasaran digital dan penjenamaan.

 

© 2016-2019 derekacreative. All Rights Reserved.