Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Badal Umrah | Peluang Berbakti Kepada Yang Tersayang.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak keluar topik sikit dari selalu berkongsi perihal rekaan grafik dan aktiviti outdoor kepada perihal satu ibadah yang wajib (mengikut mazhab Shafie) iaitu ibadah Umrah. Umrah dari segi bahasa bererti ziarah. Dari segi syarak ialah menziarahi Ka’bah Baitullah Al-Haram untuk mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu.

Pendemik COVID 19 yang melanda dunia sejak bulan Mac 2020 yang lalu banyak meninggalkan kesan kepada semua sektor termasuklah sektor Haji dan Umrah. Penutupan sempadan negara terpaksa dilakukan demi mengekang penyebaran virus yang berbahaya ini. Kerajaan Arab Saudi juga mengambil langkah yang sama dengan tidak membenarkan rakyat negara lain datang ke Mekah untuk menunaikan Haji dan Umrah pada tahun 2020 dan 2021.

Rentetan dari halangan ini, saya ingin memperkenalkan kepada semua pembaca kepada satu syarikat yang menyediakan khidmat Badal Umrah atau Upah Umrah iaitu Syarikat EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat EMRAZ travel telah mengambil inisiatif yang baik untuk memberi satu perkhidmatan kepada rakyat malaysia melakukan ibadah badal umrah untuk ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tergolong dari golongan yang dibolehkan untuk membuat badal umrah. Dua golongan yang dibenarkan untuk waris melakukan badal umrah untuk nya ialah:

  1. Mereka yang telah meninggal dunia dan pada hidupnya belum sempat menunaikan ibadah Umrah.
  2. Mereka yang sakit atau uzur yang tidak boleh bangun dan tiada harapan untuk sembuh.

 

 

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada pembaca dan sampai ke seberapa ramai masyarakat di luar sana. Saya percaya dan yakin, dengan kita berkongsi perkara yang baik, kita menjadi sebahagian dari perkara yang baik itu. In Sha Allah.

 

#Kongsi 01 | Peluang Berbakti Kepada Yang Tersayang.

 

Kita sebagai muslim percaya bahawa setiap amalan yang baik itu akan dibalas dengan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T. Teringat saya pada satu hadis junjungan besar Rasulullah SAW:

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan Anak soleh yang mendoakan untuknya.

Seandainya kita mempunyai ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan arwah pada masa hidupnya masih belum menunaikan ibadah umrah, kita sebagai anak atau waris terdekat bolehlah menunaikan ibadah badal umrah untuk mereka sebagai tanda anak soleh yang sentiasa mendoakan dan mengirim pahala berpanjangan untuk ibu bapa kita.

Atau ada dikalangan ahli keluarga kita atau sesiapa sahaja yang diuji Allah dengan ujian sakit atau uzur yang tiada harapan untuk sembuh, kita juga berpeluang untuk melakukan ibadah badal umrah untuk mereka dengan harapan dengan usaha kita untuk membantu itu membuka segala pintu rahmat untuk kita dan menjadi sedekah jariah untuk pahala yang berpanjangan. Sesungguhnya pahala dari perbuatan yang baik pasti mendapat balasan dari Allah SWT.

 

#Kongsi 02 | Kenapa Perlu Lakukan Badal Umrah Sekarang?

Kita tahu dan sedia maklum bahawa ibadah umrah Pasca COVID nanti pastinya tidak sama dengan sebelum pendemik. Alhamdulillah saya berpeluang menunaikan Umrah pada tahun 2019. Rasa rindu untuk ke tanah suci tetap terasa di sanubari. Tetapi, pastinya pengalaman menunaikan Umrah selepas ini tidak akan sama dengan Umrah Pasca COVID dengan segala bentuk SOP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi.

 

Baca juga | Pengalaman Umrah Bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

 

Antara kekangan yang bakal jemaah Umrah Pasca COVID hadapi ialah:

  1. Jumlah jemaah yang stranded tahun 2020 dari seluruh dunia pastinya mencecah jutaan ribu jemaah. Ini memungkinkan kerajaan Arab Saudi terpaksa menetapkan kuota tertentu supaya SOP dapat dijaga. Ia mungkin berlaku seperti penetapan kuota ibadah haji yang terpaksa menunggu giliran untuk ke tanah suci.
  2. Semasa artikel ini ditulis, kerajaan Arab Saudi hanya memberikan satu slot untuk seorang jemaah menunaikan umrah semasa berada di tanah suci. Pastinya jemaah akan melakukan ibadah umrah untuk diri sendiri pada kesempatan dan peluang yang diberikan tersebut.
  3. Harga pakej umrah berkemungkinan akan meningkat dan menjadi lebih mahal dari sebelum pendemik menyerang dunia.

Oleh yang demikian, peluang untuk kita melakukan badal umrah untuk ahli keluarga atau orang lain agak sukar kerana kekangan-kekangan yang mungkin berlaku. Sekiranya kita tidak mengambil peluang yang ada, mungkin juga kita tidak berkesempatan menunaikan ibadah badal Umrah untuk yang tersayang.

 

 

 

#Kongsi 03 | Bagaimana EMRAZ Boleh Menawarkan Khidmat Badal Umrah?

Menurut pihak EMRAZ sendiri apabila ditanya mengenai persoalan ini. Mereka menerangkan bahawa mereka telah membuat kerjasama dengan muasassah di Arab Saudi untuk mendapatkan slot-slot umrah bagi melaksanakan badal umrah yang telah ditempah oleh peserta yang mendaftar. Pelaksana badal umrah ini pula terdiri daripada petugas-petugas EMRAZ yang berpangkalan di Arab Saudi, staff-staff muasassah sendiri serta para pelajar Universiti Madinah yang terpilih. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka semua menjana pendapatan sampingan yang terjejas akibat dari pendemik ini.

EMRAZ juga telah melantik penasihat syariah iaitu yang berbahagia Ustaz Fawwaz Fadzil untuk memantau operasi badal umrah EMRAZ ini bagi memastikan kesempurnaan pelaksanaannya. Peluang ini sepatutnya direbut oleh semua rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga yang telah meninggal dunia atau yang sakit tenat namun belum berkesempatan menunaikan ibadah Umrah ini.

Sekiranya arwah ada meninggalkan harta peninggalan untuk waris. Alangkah baiknya sekiranya dari harta tersebut kita gunakan untuk menunaikan badal umrah untuk arwah. 

 

#Kongsi 04 | Bukti Pelaksanaan Ibadah Badal Umrah.

Pihak syarikat akan memberi video bukti pelaksanaan kepada peserta sebagai tanda ibadah tersebut telah dilaksanakan. Selain dari video pelaksanaan, peserta juga akan diberi sijil penyertaan dan cenderahati dari pihak EMRAZ sebagai tanda penghargaan. Apa yang lebih penting sebenarnya ialah niat kita yang ingin menunaikan badal umrah untuk ahli keluarga atau sesiapa sahaja ini diredhai oleh Allah SWT dan pahala amalan tersebut sampai kepada arwah yang pastinya menjadi bekalan tambahan untuk arwah.

 

 

 

 

Contoh Sijil Kayu Program Badal Umrah EMRAZ

 

#Kesimpulan | Mari Tunaikannya Untuk Mereka.

Semasa artikel ini saya tulis, pihak EMRAZ masih menawarkan perkhidmatan badal umrah secara meluas. Peserta hanya perlu mengisi borang dan membuat pembayaran berjumlah RM 580.00 dan boleh memilih slot-slot yang masih kosong. Kemudian pihak EMRAZ akan hubungi peserta untuk tujuan akad dan pengesahan pendaftaran.

Untuk pengetahuan tuan puan, perkhidmatan badal umrah oleh EMRAZ ini adalah terhad dan difahamkan pihak EMRAZ akan menamatkan perkhidmatan ini seawal bulan Oktober 2021. Tidak banyak masa dan slot lagi. Marilah kita bantu melaksanakan ibadah Umrah untuk ahli keluarga atau mereka yang tidak berkesempatan menunaikannya. In Sha Allah, pahala ada untuk kita. Aminn.

 

>> Daftar Sekarang Sebelum Terlambat 

 

 

 

Pakej Umrah Norma Baru

Buku Tok Pulau Manis Terengganu

Program Aqiqah Musim Biasa

Program Upah Umrah 1443H

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.