Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

06 Kepentingan Laman Web : Oleh Irfan Khairi

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dalam artikel yang lepas saya telah kongsikan dengan anda tentang Teknik Pemasaran Internet yang salah satu dari komponennya ialah laman web.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa laman web menjadi semakin penting kepada sesebuah perniagaan. Pendemik COVID-19 yang melanda dunia telah membuka mata ramai usahawan untuk melakukan tranformasi perniagaan dari menjalankan perniagaan secara offline kepada perniagaan online.

Baca Juga : Teknik Pemasaran Internet

Bila mana perintah kawalan pergerakkan dilaksanakan di seluruh negara, premis-premis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi. Ini menjadi satu mimpi ngeri usahawan-usahawan di luar sana terutamanya usahawan tempatan.

Media melaporkan banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar kerana premis tidak dapat beroperasi seperti biasa. Kedai terpaksa ditutup. Ramai juga rakan-rakan saya yang hilang pekerjaan disebabkan syarikat tempat mereka bekerja mula melakukan pengecilan operasi dan ada juga yang terus menutup premis.

Bagaimana nak memastikan survival syarikat sekiranya perniagaan secara offline tidak dapat dijalankan? Sudah tiba masanya usahawan-usahawan tempatan melakukan transformasi dengan mendigitalkan perniagaan mereka selaras dengan perkembangan teknologi dan situasi semasa dunia.

Ramai yang bertanya, apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk melakukan tranformasi ke arah digital ini. Jawapannya tidak lain dah tidak bukan adalah dengan memiliki laman web perniagaan anda sendiri.

Tidak kiranya apa jenis perniagaan anda, apa yang anda niagakan, sekecil mana saiz perniagaan anda. Mulakan juga dengan membina laman web perniagaan anda.

Pada hari ini saya kongsikan 6 kepentingan laman web yang diulas oleh saudara Irfan Khairi sebagai motivasi untuk anda. Tontonlah video beliau sampai habis dan berulang kali untuk memahami dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

 

 

Antara 6 kepentingan laman web yang dikongsikan oleh saudara Irfan Khairi ialah:

 

Kepentingan #01 | Automasi

Laman web anda adalah seperti kedai yang beroperasi 24 jam. Anda boleh mengautomasikan jualan anda dengan membina laman web e-commerce atau memasang payment gateway ke dalam laman web anda.

Segala informasi berkenaan dengan produk anda dimasukkan ke dalam laman web dan ini memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat lengkap tanpa perlu menghubungi atau bertanya kepada anda. PM harga sebagai contoh. Semua berjalan secara automasi.

 

Kepentingan #02 | Membina Jenama

Pembinaan jenama akan lebih mudah dan pantas dengan adanya laman web. Ini fakta. Cuba lihat jenama-jenama besar di luar sana. Adakah mereka mempunyai laman web? Bagaimana sesebuah laman web mampu membantu dalam membina jenama anda? Nantikan perkongsian saya seterusnya nanti ya.

 

Kepentingan #03 | Membina Keyakinan

Zaman sekarang terlalu ramai scammer yang modus operandinya menipu duit anda. Untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan ia tidak semudah seperti dulu lagi. Usahawan tempatan perlu lebih kreatif untuk mendapatkan kepercayaan pembeli dan seterusnya mampu melariskan jualan. Dengan memiliki laman web. Ia sekaligus memberi gambaran bahawa perniagaan anda adalah genuine.

 

Kepentingan #04 | Lebih Fokus

Saya tertarik dengan penerangan saudara irfan berkenaan dengan medium jualan percuma seperti di media sosial. Fokus masyarakat di media sosial bukan untuk membeli produk tetapi untuk bersosial, berhibur dan sebagainya.

Manakala menjual di laman web e-commerce percuma seperti Shoppe dan Lazada pula terpaksa bersaing dengan peniaga yang menjual produk yang sama dan wujudnya preferred seller menghilangkan lagi fokus pelanggan terhadap produk yang kita jual.

 

Kepentingan #05 | Memberi Perbezaan

Kalau kita selalu dengar atau menghadiri kursus mahupun kelas keusahawanan. Mesti salah satu saranan speaker atau mentor tersebut untuk kita mencari perbezaan dan keistimewaan perniagaan kita berbanding dengan pesaing.

Salah satu perkara yang boleh kita usahakan ialah dengan memiliki laman web. Ia jelas membezakan perniagaan kita dengan persaing. Perniagaan anda mungkin telah tertinggal jauh kebelakang andai pesaing anda telah pun memiliki laman web mereka sendiri. Anda, tunggu apa lagi???

 

Kepentingan #06 | Pemasaran Percuma

Ini sangat penting dan semua perniagaan memerlukannya. Lagi-lagi dalam era digitalisasi masa kini yang masyarakat dunia mengamalkan semua informasi hanya dihujung jari. Segalanya boleh dicari di alam maya. Dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara. 

Dr atau professor Google menjadi mangsa carian pelbagai benda dan perkara, semua nak cari melalui Google. Peluang inilah yang seharusnya direbut oleh usahawan tempatan. Memiliki laman web memberi peluang yang lebih cerah untuk pelanggan menjumpai perniagaan anda melalui engin carian seperti Google.

 

Kesimpulannya.

Melaburkan duit untuk memiliki laman web bukan pelaburan yang merugikan malah ia menjadi satu keutamaan kepada syarikat-syarikat besar yang membuat keuntungan berjuta ringgit. Mereka juga berbelanja agak besar untuk memastikan laman web mereka sentiasa up to date dan memberi segala informasi tentang perniagaan mereka. 

Ada juga yang melaburkan duit mereka pada pengiklanan semata-mata untuk memperkenalkan laman web mereka. Memiliki laman web juga merupakan langkah pertama untuk perniagaan anda berkembang ke peringkat yg lebih tinggi dan global. Cubalah.

 

Kembali ke Senarai Artikel 

 

Pakej Umrah Norma Baru

Buku Tok Pulau Manis Terengganu

Program Aqiqah Musim Biasa

Program Upah Umrah 1443H

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.