Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

OnPay Solutions | Laman Web Mampu Milik Untuk Anda.

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Selepas artikel 06 Kepentingan Laman Web saya kongsikan tempoh hari, ada juga pembaca yang bertanya mengenai berapakah kos untuk bina sebuah laman web? Kos membina laman web berbeza-beza, ada yang serendah RM 300 dan ada yang sampai RM 5000. Ini disebabkan oleh banyak faktor selain dari mengikut permintaan dan keperluan pelanggan serta siapa yang membinanya. Kalau tuan puan menggunakan pereka laman web professional, pastinya harga pun 'professional' lah. Saya akan sentuh topik ini dengan lebih mendalam dalam artikel yang lain nanti.

Baca Juga : 06 Kepentingan Laman Web

Pada hari ini saya nak kongsikan satu jalan penyelesaian kepada usahawan-usahawan di luar sana yang ingin memiliki sebuah laman web pada kos serendah dari RM 25 sebulan atau RM300 setahun. Harga ini adalah tertakluk pada masa artikel ini ditulis, mungkin akan meningkat harganya pada masa akan datang.

Hari ini saya nak memperkenalkan kepada anda sebuah perkhidmatan pengurusan business online termudah dan automatik iaitu OnPay Solutions. Kalau tuan puan nak mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan dengan Syarikat OnPay ini, tuan puan boleh teruskan pembacaan di laman web OnPay Solutions kerana saya tidak akan sentuh mengenainya.

Apa yang saya akan sentuh dan kupas adalah mengenai kelebihan yang terdapat pada sistem ini dan kenapa ia mampu membantu anda melakukan transformasi perniagaan dari offline kepada online dengan mudah dan pantas.

Sistem ini juga boleh di-integrasikan dengan laman web anda sekiranya laman web anda masih belum mempunyai gerbang pembayaran online atau bukan jenis laman web e-commerce. 

Sekiranya anda rasa kos membina sebuah laman web e-commerce terlalu mahal dan perlukan kemahiran asas untuk menguruskannya. Sistem OnPay ini boleh menjadi satu alternatif yang baik untuk anda. Tanpa memerlukan kos yang tinggi, anda boleh memiliki sebuah laman web yang mempunyai fungsi sokongan yang pada saya sudah memadai untuk menyokong perniagaan online anda.

Sebenarnya terdapat banyak fungsi sistem OnPay ini. Tetapi dalam artikel ini saya senaraikan 07 fungsi yang menarik bagi saya.

 

Antara fungsi integrasi yang boleh anda buat ialah:

 

Fungsi #01 | Gerbang Pembayaran atau Payment Gateway

Ini adalah salah satu fungsi paling utama dalam laman web yang menjual. Laman web anda mampu menerima pembayaran dari ramai pelanggan dengan sokongan gerbang pembayaran seperti sistem Billplz, toyyibPay, Stripe dan lain-lain.

Selain dari fungsi FPX ini, anda juga boleh mengaktifkan fungsi pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit. Pembayaran melalui online transfer dan CDM juga boleh dilakukan dengan sistem OnPay ini. Menarik bukan?

 

Fungsi #02 | Integrasi Dengan Perkhidmatan Kurier

Salah satu ciri utama dalam perniagaan online ialah pengeposan barang terus ke rumah pelanggan. Anda boleh mengaktifkan khidmat penghantaran dengan pelbagai kurier seperti Pos Laju, JNT, DHL dan sebagainya. Integrasi dengan pihak ketiga seperti EasyParcel, MyParcelAsia, SendParcel dan DHL eCommerce boleh dibuat dengan mudah.

 

Kini anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengepos barang jualan anda. Dari sistem OnPay butiran pelanggan anda boleh terus dicetak ke Airways bill.

 

Fungsi #03 | Auto Generate Invoice dan Resit

Dokumen perniagaan yang utama seperti Invoice dan resit adalah sangat penting. Sistem OnPay mampu untuk generate invoice selepas pembelian atau tempahan dilakukan dan seterusnya mengeluarkan resit selepas pembayaran dilakukan. Ini semua berlaku secara automatik. Anda tidak memerlukan perisian yang lain untuk menghasilkan invoice dan resit untuk diberi kepada pelanggan. Ok lah kan..

 

Fungsi #04 | Sokongan Aplikasi SMS, Email & WhatsApp.

Selain dari setiap pelanggan boleh menerima notifikasi SMS, Email atau WhatsApp selepas tempahan dan pembelian yang mereka buat. Sistem OnPay juga mempunyai fungsi blast SMS dan Email. Tak perlulah saya terangkan kenapa anda perlu blast SMS atau Email kepada pelanggan anda. Anda sendiri tahu kenapa. Yang best nya juga, anda boleh WhatApps setiap pelanggan anda untuk berkomunikasi tanpa bayaran berbanding menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). Jimat kan...

 

Fungsi #05 | Sokongan Kepada Sistem Ejen (Affilite, Dropship & Stokis)

Sekiranya anda ingin mengembangkan sales channel untuk jualan produk anda. Anda boleh melantik ejen, tak kiralah sebagai affiliate, dropship atau stokis (pengedar). Anda boleh menentukan nilai komisen yang ejen anda dapat untuk setiap jualan yang mereka buat. Bagi saya ini adalah fungsi bonus untuk sebuah sistem yang mampu milik seperti OnPay.

 

Fungsi #06 | Kupon Diskaun Untuk Pelanggan.

Adakah anda selalu menggunakan strategi promosi jualan? berita baik untuk anda kerana sistem OnPay ini juga membolehkan anda menghasilkan kupon untuk memberikan potongan harga. Kupon ini boleh anda tentukan mengikut jumlah potongan dalam bentuk RM atau jumlah dalam bentuk peratus. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memberi kod kupon tersebut kepada pelanggan yang terpilih dan pelanggan tersebut boleh memasukkan kod tersebut semasa pembelian. 

 

Fungsi #07 | Laporan Jualan Yang Lengkap & Fleksibel

Fungsi terakhir yang saya rasa sangat membantu usahawan seperti anda ialah sistem ini mampu memberi laporan jualan yang lengkap. Anda tidak perlu lagi perisian perakaunan untuk mengira hasil jualan anda kerana kini anda boleh terus generate laporan jualan dari dashboard admin OnPay anda. Laporan harian, bulanan malahan tahunan boleh anda perolehi dengan mudah tanpa perlu kemahiran accounting. Apa lagi yang anda perlukan?

 

 

Contoh Laman Web OnPay

Untuk melihat contoh laman web jualan yang menggunakan sistem OnPay ini, anda bolehlah layari laman web seperti berikut:

 

Perkhidmatan Ibadah Aqiqah Di Tanah Suci Mekah >> Lihat Laman web

 

Ingin menunaikan Badal Umrah Untuk Yang Tersayang? >> Lihat Laman web

 

 

Kesimpulan

Seperti yang saya terangkan di atas tadi, sekiranya anda telah mempunyai laman web tetapi masih belum mempunyai fungsi-fungsi seperti yang saya kongsikan ini. Anda boleh lakukan integrasi Borang Tempahan OnPay ke laman web anda. Secara tidak langsung semua fungsi yang ditawarkan oleh sistem OnPay ini boleh anda gunakan

Contoh Laman Web Yang Saya Integrasikan Dengan Sistem Onpay

Ini seterusnya menjadikan perniagaan anda lebih sistematik dan berdaya saing kerana sistem OnPay ini memberi sokongan kepada pengurusan database yang bagi saya cukup lengkap untuk usahawan-usahawan tempatan.

Sekiranya anda berminat dengan sistem OnPay ini, anda boleh melanggan secara bulanan atau tahunan dan mula membina laman web jualan pertama anda sendiri. Dari tiada laman web langsung untuk perniagaan anda. Laman web OnPay merupakan satu alternatif yang baik untuk melakukan transformasi perniagaaan anda. Mulakan hari ini juga.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda dan kongsikan ia kepada lebih ramai lagi usahawan di luar sana. In Sha Allah.

>> Saya Nak Lakukan Transformasi

 

Pakej Umrah Norma Baru

Buku Tok Pulau Manis Terengganu

Program Aqiqah Musim Biasa

Program Upah Umrah 1443H

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.