Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

04 Jenis Kategori Laman Web

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang sudi membaca setiap perkongsian saya di laman web ini. Terima kasih juga kepada usahawan-usahawan di luar sana yang memberi feedback positif dan bertanya soalan-soalan mengenai pembinaan laman web. Alhamdulillah, ramai usahawan-usahawan yang telah sedar tentang kepentingan melakukan transformasi perniagaan mereka dari offline kepada online.

Topik penulisan saya pada kali ini adalah rentetan dari soalan yang saya terima iaitu apakah jenis-jenis laman web yang terdapat dipasaran? Dengan mengetahui jenis-jenis laman web yang ada, bolehlah anda memilih jenis laman web yang paling sesuai untuk perniagaan anda.

 

Berikut adalah jenis-jenis laman web yang biasa terdapat di pasaran:

 

Jenis #01 | Laman Web Korporat (Corporate Website)

Laman web jenis ini adalah yang paling banyak dan kerap digunakan oleh syarikat-syarikat di luar sana, tak kira lah ia syarikat korporat yang besar ataupun sekadar syarikat jenis enterprise. Isi kandungan laman web jenis ini biasanya tertumpu kepada info berkenaan dengan latar belakang syarikat, misi, visi, objektif, perkhidmatan atau produk yang ditawarkan serta butiran lokasi syarikat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Secara ringkasnya, laman web jenis ini bertujuan untuk memperkenalkan syarikat anda dari A to Z kepada pelanggan. Banyak info berkenaan dengan identiti korporat syarikat anda. Sekiranya perniagaan anda adalah jenis perkhidmatan. Laman web jenis ini lebih sesuai untuk anda.

 

Contoh Laman Web Korporat

 

Jenis #02 | Laman Web E-Commerce (e-commerce website)

Jenis laman web yang popular dan paling digemari oleh golongan wanita. Tengok sahajalah berapa banyak wishlist atau chart yang tersimpan di Shoppe atau Lazada tu. Kalau dikira ada yang sampai beribu ringgit tau. Itu adalah salah satu contoh laman web e-commerce yang popular dan mempunyai Apps sendiri bagi memudahkan pelanggan menggunakannya.

Laman web jenis ini biasanya digunakan oleh syarikat yang mempunyai banyak produk. Sekiranya hanya ada satu sahaja produk, laman web jenis yang ketiga di bawah ini adalah lebih sesuai. Laman web e-commerce biasanya dilengkapi dengan sistem online payment gateway yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara online. Dilengkapi juga dengan borang tempahan produk serta pilihan pelbagai jenis produk yang tersusun.

Betul, biasanya laman web jenis ini agak mahal disebabkan ia didatangkan dengan sistem pengurusan jualan yang lengkap. Anda perlu melanggan sistem ini selain dari kos membina laman web itu sendiri. Sistem OnPay adalah salah satu contoh sistem pengurusan jualan yang terdapat dipasaran.

Walaupun terdapat template-template laman web e-commerce yang dilengkapi dengan plugin chart dijual di luar sana. Namun pengendaliannya tidak semudah yang diharapkan. Ia memerlukan kemahiran teknikal yang agak tinggi sekiranya berlaku sebarang error pada plugin tersebut.

Perkhidmatan membina laman web e-commerce seperti Site Giant ini boleh anda cuba kerana ia juga dilengkapi dengan features yang sangat menarik iaitu integration with major eCommerce marketplaces (Lazada, Shopee, PrestoMall, Lelong.my, Youbeli, Amazon, eBay and many more). Selain menjual di laman web e-commerce anda sendiri, secara tidak langsung anda juga menjualnya di major ecommerce website.

 

 

Contoh Laman Web E-Commerce

 

Jenis #3 | Laman Web Page Jualan (Sales Page Website)

Sekiranya anda mempunyai satu produk atau mempunyai satu killer produk sahaja. Anda boleh cuba jual menggunakan laman web jenis ini. Sales Pages website biasanya digunakan untuk menjual satu produk sahaja dalam satu page laman web tersebut.

Laman web jenis ini biasanya tidak mempunyai banyak menu button dan ia biasanya memanjang ke bawah. Melayari web jenis ini memang kena scroll sampai ke dasar untuk mengetahui harga dan seterusnya membuat pembelian. Kenapa ia sedemikian?

Ini kerana strategi dan struktur laman web ini agak berlainan dengan dua jenis laman web yang saya terangkan di atas tadi. Laman web jenis ini adalah seperti seorang sales man yang sedang menerangkan sesuatu produk kepada anda. Ia umpama satu bentuk karangan yang panjang yang mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.

Dalam laman web ini juga biasanya dimasukkan gambar-gambar, video-video dan juga testimonial-testimonial dari bekas pelanggan. Semuanya di dalam satu page. Dan di akhir page biasanya barulah anda akan berjumpa dengan harga produk, promosi, potongan harga beli sekarang dan pelbagai ayat pujuk rayu supaya anda menekan butang membeli dan mula mengisi borang serta buat pembayaran.

 

 

Contoh Laman Web Sales Page

 

 Jenis #4 | Laman Web Blog (Blog / Newsletter Website)

Rasanya saya tak perlu terangkan secara terperinci tentang ciri-ciri laman web jenis ini. derekacreative.com adalah salah satu contoh laman web jenis ini. Sebuah laman web yang berkongsi artikel-artikel atau kisah-kisah atau tutorial-tutorial yang fokusnya berkenaan dengan penulisan artikel atau berita.

Laman web jenis ini kalau nak menjual sesuatu produk pun dia akan menggunakan kaedah soft sales berbanding hard sell. Pengiklanan berbayar dari agensi luar turut menjadi penyumbang utama pendapatan kepada laman web jenis ini.

Ramai usahawan tempatan di luar sana yang gemar berkongsi tips, artikel atau tutorial memilih laman web jenis ini untuk meningkatkan hasil jualan produk mereka. Ada juga yang sekadar hobi berkongsi penulisan tentang pelbagai jenis topik di laman blog mereka.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan hobi menulis blog, banyak artikel mengenainya di luar sana yang boleh anda baca dan pelajari mengenai Teknik Penulisan Blog. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, ada antara mereka yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan dengan aktiviti penulisan blog ini.

 

 

Contoh Laman Web Blog / Newsletter

 

Kesimpulannya

Diharapkan perkongsian saya berkenaan dengan 4 jenis laman web ini akan lebih memberikan keyakinan kepada anda menentukan jenis mana yang paling sesuai untuk perniagaan anda. Ada juga usahawan yang mengabungkan 2 jenis laman web dalam satu domain. Tak menjadi kesalahan selagi ia memberi hasil yang baik kepada penjualan produk atau perkhidmatan anda.

Selepas anda memiliki laman web, seterusnya aktiviti-aktiviti marketing perlu giat dijalankan dan terdapat pelbagai teknik untuk mempromosikan laman web anda. Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada anda dan kongsikan kepada seberapa ramai lagi dengan cara share artikel ini ke media sosial anda. Klik saja button facebook di bawah artikel ini untuk kongsikan ilmu kepada orang lain. 

Semoga berjumpa lagi dalam perkongsian yang lain. Sekian.

 

Kembali ke Senarai Artikel 

 

Pakej Umrah Norma Baru

Buku Tok Pulau Manis Terengganu

Program Aqiqah Musim Biasa

Program Upah Umrah 1443H

Senarai Ebook

04 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
02 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
01 February 2019
© 2016-2020 derekacreative. All Rights Reserved.