E-Resume Design

E-Resume - Game Changer Pemburu Pekerjaan 2024

Dalam pasaran pekerjaan yang semakin sengit, dipacu pula dengan teknologi yang semakin canggih. Ramai majikan yang telah beralih arah menggunakan sepenuhnya teknologi digital dalam pengurusan operasi mereka termasuklah dalam pengurusan pengambilan staff baru.

Hai, Assalammulaikum dan Salam sejahtera.

Bulan Februari telah pun menjelma. Februari tahun ini pula merupakan tahun lompat. Apa itu tahun lompat? Tahun lompat atau leap year adalah tahun di mana dalam bulan Februari yang biasanya mempunyai 28 hari tetapi mempunyai 29 hari. Ia berlaku setiap 4 tahun sekali.

Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 Febuari pada tahun lompat, selalunya dia akan menyambut hari kelahiranya pada 28 Febuari ataupun pada 1 Mac pada tahun biasa. Yang sedih kalau sambut 4 tahun sekali. Sedihh.

Baiklah, artikel pada kali ini saya nak kongsikan berkenaan dengan E-Resume. Apa itu E-Resume dan kelebihannya berbanding dengan tradisional resume. E-Resume ialah singkatan bagi resume elektronik dan ia biasanya merujuk kepada mana-mana jenis resume yang dihasilkan dalam format digital (paperless).

 

Resume & Curriculum Vitae (CV)

Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis utama resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon. Ketahui 6 Jenis Resume.

Curriculum Vitae (CV) juga digunakan untuk tujuan yang sama namun CV mempunyai penambahan dari segi pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci. Kebiasaannya, CV merangkumi 2 atau 3 muka surat.

Antara aspek yang perlu ditekankan dalam CV ialah nama, maklumat untuk dihubungi (contoh: emel, no. telefon), latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman. Selain itu, CV perlu menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat yang berkaitan.

Dalam proses memohon sesebuah pekerjaan. Perkara pertama yang wajib kita lakukan ialah menyediakan sebuah resume atau CV untuk dihantar kepada bakal majikan.

 

Pengenalan Kepada E-Resume

 

Kenapa E-Resume?

Pada kebiasaanya, pencari pekerjaan akan menyediakan resume mereka dalam format PDF ataupun dalam Microsoft Word. Resume itu tadi akan dihantar menggunakan e-mail atau menggunakan aplikasi lain seperti WhatsApp, SMS, dan sebagainya sebagai attachment.

Ramai majikan telah melakukan transformasi digital dalam proses mengenal pasti, menyenarai pendek dan mengupah calon yang berpotensi untuk Syarikat mereka. Apabila anda memohon pekerjaan di portal kerja atau di laman web syarikat berkenaan, anda mungkin mendapati bahawa sesetengah platform memerlukan anda terus mengisi borang online dan melampirkan resume anda melalui laman web tersebut.

Tidak perlu lagi untuk menghantar email panjang lebar dan melampirkan resume PDF atau MS Word anda. Itu bukti kebanyakkan Syarikat telah beralih ke aplikasi digital untuk memudahkan proses pengambilan dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan masa mereka.

Bayangkan, andai mereka menerima 200 pemohon pekerjaan dalam satu-satu masa. Ini bermakna mereka perlu membuka 200 email dan muat turun 200 resume yang datang dalam pelbagai format dan saiz.

Pengurus HR mereka pula perlu membaca 200 cover letter bagi menyenarai pendek calon untuk dipanggil ke sesi interview. Itu belum lagi perlu memuat turun pelbagai dokumen yang dilampirkan bersama email berkenaan.

Memandangkan majoriti pencari pekerjaan semakin bergantung kepada platform dalam talian (internet) untuk berhubung dengan bakal majikan yang mengiklankan pekerjaan kosong. E-Resume merupakan satu solusi digital yang boleh digunakan oleh pencari pekerjaan dalam menonjolkan diri mereka untuk menarik perhatian bakal majikan.

Usaha beralih ke E-Resume dapat menyelesaikan masalah bakal majikan anda dan juga masalah anda. Ini kerana E-Resume lebih fleksibel dan presentable. Berikut merupakan beberapa kelebihan E-Resume yang boleh anda pertimbangkan.

 

Kelebihan #01 | Reka bentuk & Susun Atur yang Responsive

Reka bentuk dan susun atur (layout) E-Resume adalah responsive. Seperti juga sebuah laman web yang responsive, ia dapat disesuaikan dengan pelbagai peranti dengan berubah layout bilamana dibuka melalui desktop, tablet mahupun telefon pintar.

Adalah penting untuk resume anda bersifat Mobile-Friendly Design. Ini kerana, statistik menunjukkan lebih ramai pengguna mengakses internet menggunakan smart phone berbanding laptop atau desktop.

 

Kelebihan #02 | Format yang Lebih Professional & Presentable

E-Resume mempunyai format yang lebih tersusun dan kemas. Memudahkan bakal majikan untuk membaca mengikut hirakri yang ditetapkan. Selain dari itu juga, E-Resume mempunyai ciri-ciri interaktif yang mampu menarik perhatian pembaca.

Di E-Resume, anda boleh memasukan animasi ringkas dan bunyi-bunyian. Ini menjadikan resume anda lebih menarik dan presentable.

 

Kelebihan #03 | Semua Dokumen Dalam Satu Tempat

Di E-Resume, anda boleh meletakkan pelbagai dokumen yang berkait dengan diri anda untuk rujukan bakal majikan. Anda boleh terus meletakkan sijil-sijil akademik, sijil kecemerlangan, salinan dokumen seperti kad pengenalan dan sebagainya. Mereka hanya perlu scroll down untuk melihat semua dokumen-dokumen yang dilampirkan tanpa perlu memuat turun terlebih dahulu. Mudah bukan?

 

Kelebihan #04 | Meletakkan Bukti Photo

Anda boleh meletakkan galeri gambar photo dalam E-Resume anda. Sebagai contoh, anda pernah menerima anugerah pekerja cemerlang. Selain dari sijil, anda boleh meletakkan gambar semasa menerima anugerah tersebut di E-Resume anda.

Atau anda pernah terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjadi nilai tambah untuk mendapatkan pekerjaan yang sedang anda pohon. Tidak salah untuk anda membuktikan pada bakal majikan dengan sekeping dua gambar photo.

 

Kelebihan #05 | Digital Portfolio

Sekiranya anda dalam bidang yang mempunyai hasil kerja, seperti pereka grafik, pereka laman web ataupun seorang pereka hiasan dalaman. Anda pastinya memerlukan satu medium untuk mempamerkan semua hasil kerja anda kepada bakal majikan.

Begitu juga dengan bakal majikan. Mereka perlu melihat hasil kerja anda sebelum mereka membuat keputusan untuk mengambil anda bekerja. Anda boleh meletakkan digital portfolio anda di E-Resume dan semuanya dalam satu platform.

 

Kelebihan #06 | Cross Platform Dengan Media Sosial

Kini, kebanyakkan majikan memerlukan anda menyertakan link akaun media sosial anda. Ada banyak sebab mengapa mereka memintanya. Dengan menggunakan E-Resume, semua link ke akaun media sosial boleh dibuat dengan mudah.

Bakal majikan hanya perlu klik icon media sosial yang mana mereka ingin lawati dan kembali semula ke E-Resume tanpa perlu bersusah payah. Jimat masa bukan?

 

Kelebihan #07 | Downloadable & Printable

Antara kelebihan yang terdapat pada E-Resume juga, ia boleh terus dimuat turun dalam format PDF dan juga boleh terus dicetak. Sekiranya anda berjaya disenarai pendek untuk sesi interview. Biasanya bakal majikan akan memuat turun resume anda untuk tujuan simpanan atau terus dicetak. Semua proses tersebut boleh dibuat terus dari E-Resume anda.

 

Kelebihan #08 | QR Code & Hyperlink

E-Resume adalah seperti laman web. Ia mempunyai alamat URL untuk mengaksesnya. Ini merupakan satu kelebihan besar di mana anda boleh kongsikan E-Resume anda dengan lebih mudah dan pantas. Anda boleh mengubah link E-Resume anda menjadi QR code dan kongsikan kepada sesiapa sahaja. Wow.

 

Scan QR Code untuk melihat E-Resume yang mempunyai portfolio

QR Code E-Resume

 

Kelebihan #09 | Mudah Dikemaskini

E-Resume tidak seperti resume biasa yang anda simpan di laptop atau desktop komputer. Ia disimpan di server dan menjadikannya lebih selamat dan boleh di access pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi ada rangkaian internet. Anda boleh melakukan pengemaskinian seperti menambah hasil kerja terbaru atau gambar photo terkini atau info-info terbaru seperti pencapaian, pengalaman dan maklumat peribadi dengan mudah dan pantas.

 

Digitalcv.my

 

Kesimpulan

Bilangan penganggur di Malaysia pada Mei 2023 merekodkan seramai 584,600 orang dengan kadar pengangguran berada pada 3.5 peratus, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Persaingan dalam mendapatkan kerjaya impian anda semakin sengit. E-Resume melangkaui lampiran PDF yang biasa dan dengan segala kelebihan yang ada, ini mampu mencuri perhatian bakal majikan dan menjadikan resume anda Stand out from the crowd.

Artikel

Hebatnya Graphic Styles
06 Produk Untuk Pereka Grafik
06 Rahsia Perniagaan T-Shirt
Full Article image Kesilapan Graduan Muda
05 Tanggapan Negatif Bidang Grafik
Kajian Pengaruh Rekaan Grafik

derekacreative.com

derekacreative New Logos

 

 

 

 

 

Our Expertise :

> Graphic Design

> Website Design

> T-Shirt Printing

Pengunjung Online

We have 56 guests and no members online

My Artwork

Hubungi

De Reka Creative 

71800 Nilai, Negeri Sembilan