Asas Orienteering

Asas Orienteering

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari secara teori dan praktikal mengenai:

  • Pengenalan & Sejarah Orienteering
  • Definisi & Terminologi Peralatan
  • Teknik Navigasi Orienteering
  • Prosedur & Peraturan Pertandingan Orienteering

Topik 1: Pengenalan & Sejarah Orienteering

Definisi.

Orienteering ialah sejenis sukan rekreasi yang memerlukan anda untuk mengemudi menggunakan peta dan kompas dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain.

Sukan ini mirip kepada permainan mencari harta karun. Kemahiran menggunakan kompas adalah asas yang perlu dikuasai oleh peserta. Peralatan lain yang digunakan ialah seperti penanda, kad kawalan, dan kad perakam.

Dalam pertandingan, peserta dikehendaki mencari beberapa titik kawalan yang diletakkan di sesuatu kawasan tertentu. Peserta yang menemui semua titik kawalan dan sampai di garisan penamat dalam masa yang paling singkat dikira sebagai pemenang.

 

Sejarah Orienteering.

Sejarah orienteering bermula pada akhir abad ke-19 di Sweden. Asalnya, orienteering digunakan sebagai latihan navigasi untuk tentera. Istilah "orienteering" pertama kali digunakan pada tahun 1886 di Akademi Tentera Sweden Karlberg.

Orienteering dipertandingkan buat pertama kalinya untuk pegawai tentera Sweden pada 28 Mei 1893 pada temasya tahunan garrison Stockholm. Manakala pertandingan awam pertama adalah di Norway pada 31 Oktober 1897, yang telah ditaja oleh Kelab Sukan Tjalve dan diadakan berhampiran Oslo.

Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen. IOF disertai dengan keahlian sepuluh buah negara iaitu Bulgaria, Chezchlovakia, Finland, Denmark, Hungary, Jerman, Norway, Sweden dan Switzerland. Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.

 

Perkembangan Orienteering Di Malaysia.

Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudian pada tahun 1986, Persatuan orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan – WOA ditubuhkan. Pada tahun 1988, WOA buat julung kalinya telah berjaya mengadakan Kejohanan orienteering Terbuka Malaysia pada tahun 1988.

Walaupun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai satu badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia orienteering diperingkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalam IOF.

Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia – (MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaraskan segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan sebagai satu badan orienteering yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan mempunyai 7 cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Johor.

 

Persatuan Orienteering

 

 

Persatuan Sukan Orienteering Malaysia ditubuhkan untuk menganjurkan pelbagai program pembangunan sukan orienteering di Malaysia. Di bawah persatuan ini, terdapat Persatuan Orienteering Negeri seperti berikut:

 

 

Kelab Orienteering

 

 

MEOSC (Magnet Edge Orienteering Sport Club) ialah organisasi berorientasikan kelab yang disahkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia) pada 16 Oktober 2013. Organisasi ini menyertai Persekutuan orienteering Antarabangsa (IOF) pada tahun 2013, dan mendapat keahlian penuh IOF pada tahun 2016, selepas melalui fasa percubaan keahlian selama 3 tahun.

Dalam tempoh itu, MEOSC menganjurkan pelbagai program pembangunan sukan orienteering seperti latihan pembangunan atlet (LTAD), kursus Asas Orienteering dan kursus pemetaan lanjutan untuk komuniti dan peminat orienteering sukan di Malaysia.

 

Akademi & Kursus Orienteering

 

Pada tahun 2018, MEOSC telah menubuhkan Akademi Orienteering Malaysia, di mana ia berfungsi untuk memberi tumpuan kepada latihan dan pembangunan dengan cara yang lebih khusus dan sistematik.

Akademi orienteering bertanggungjawab ke atas sukatan pelajaran modul latihan (LTAD) dan mengemas kini sukatan pelajaran latihan terkini agar sejajar dengan setiap kursus dan latihan praktikal.

 

Antara Kursus yang dianjurkan ialah seperti:

 

 

Jenis-jenis Orienteering

  1. Cross Country Orienteering
  2. Score Orienteering
  3. Relay Orienteering
  4. Mountain Orienteering
  5. Road Orienteering
  6. Night Orienteering
  7. Kayak Orienteering

 

Topik 2: Definisi & Terminologi Peralatan.

Antara peralatan yang digunakan untuk permainan orienteering ini adalah terdiri daripada:

 

1. Kompas Protractor


2. Peta Orienteering


3. Control Card

 

 


4. Control Marker


5. Puncher

 

Finger Stick & Punching Station (SI Station)

Penganti Puncher 

 

Cara penggunaan Set SportIdent System dalam Sukan Orienteering

 


6. Check point / Control Point

 

 


7. Control Description

 

 

 

Bagaimana Membaca Control Description ?

Dengan merujuk gambar dibawah, tiga kotak baris pertama menerangkan nama acara, kelas umur (jika digunakan), dan baris ketiga menerangkan nombor Laluan (cth. Laluan 5), Jarak (cth. 7.6 km) dan Jumlah Jarak Pendakian (iaitu 210 m).

Di samping itu, setiap lajur mewakili sekeping maklumat tertentu, seperti berikut:

 

 

Seperti yang ditunjukkan pada contoh, lajur C, E, F, G dan H hanya mempunyai maklumat jika diperlukan. Walau bagaimanapun, tiga maklumat yang paling penting A – nombor kawalan, B – kod kawalan dan D – ciri-ciri akan sentiasa disenaraikan.

Sekarang, peringkat seterusnya ialah belajar untuk menguraikan maksud simbol. Simbol digunakan untuk menerangkan sesuatu bagi pemahaman semua bangsa berbilang bahasa.

Ini kerana pertandingan peringkat antarabangsa biasanya melibatkan penyertaan dari pelbagai negara. Penting untuk anda memahami makna setiap simbol yang digunakan.

 

 

Topik 3 : Teknik Navigasi Orienteering.

Teknik navigasi di dalam permainan orienteering adalah menggunakan teknik pembacaan peta dan penggunaan kompas. Teknik pembacaan peta dengan mengetahui keadaan muka bumi seperti kontur, warna-warna di atas peta, arah mata angin, skala dan sebagainya. Manakala teknik menggunakan kompas  yang betul adalah perlu seperti penggunaan teknik Intersection dan Resection.

 

Intersection |  ialah cara mencari kedudukan sesuatu tempat yang jauh dengan mengambil bearing dari dua tempat kedudukan yang diketahui atau lebih dan mencatitkannya di atas peta.

Resection | ialah cara mencari kedudukan sendiri dengan mengambil bearing belakang (back bearing) dari dua atau lebih kedudukan yang dikenali di atas tanah dan di atas peta.

 

Menentukan Titik Kawalan Di atas Peta Orienteering.

  • Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan di atas peta bagi menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati oleh setiap peserta.
  • Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

 

Melukis Landasan Di atas Peta.

  • Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain semasa di awal perlumbaan.
  • Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.

 

Jenis-jenis Tanda atau Titik.

  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
  • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

 

Topik 4 : Prosedur dan Pertandingan Orienteering.

Pertandingan orienteering biasanya dijalankan pada waktu siang hari dan dijalankan di kawasan yang telah dipastikan keselamatannya. Selain menguji kemahiran mengendalikan peta dan kompas, objektif sesebuah pertandingan orienteering antara lainnya ialah mencabar stamina peserta, semangat bekerjasama, kejujuran dan semangat kesukanan.

Antara Prosedur yang biasa diamalkan dalam pertandingan orienteering ialah:

 

Sesi Pendaftaran Peserta.

  1. Daftarkan diri anda dengan mengisi butir-butir di dalam kad kawalan / Control card. Sekiranya Pengelola acara menyediakan lebih dari satu landasan, tentukan anda memilih landasan yang betul dan sesuai.
  2. Serahkan semula kad kawalan / Control card anda dan dapatkan waktu mula anda dari pengelola acara.
  3. Lakukan pemanasan badan apabila waktu mula hampir tiba.
  4. Anda tidak perlu berbaris menunggu untuk memulakan acara, memadailah dengan bersedia di garis permulaan antara 30-60 saat sebelum waktu mula anda.
  5. Anda tidak boleh berlepas sebelum waktu mula yang dibenarkan.

 

Memulakan Acara.

  1. Anda akan diberikan peta orienteering sebelum anda memulakan acara. Ini bertujuan untuk anda menyemak kedudukan anda dan meneliti peta tersebut.
  2. Sebaik saja anda diarahkan untuk memulakan acara, bergeraklah ke tempat peta utama.
  3. Salin ke semua titik kawalan dan keterangan kawalan dari peta utama ke atas peta anda. Jangan membuang masa ketika menyalin. Setelah selesai menyalin segeralah beredar supaya tidak menganggu peserta lain.

 

Ketika Berada Di Titik Kawalan

  1. Tentukan anda tiba di titik kawalan yang betul dengan memastikan nombor kawalan anda.
  2. Tebuk kad kawalan di kotak yang betul.
  3. Segera jauhkan diri dari kedudukan titik kawalan bagi mengelakan peserta yang lain mengetahui dengan mudah kedudukan titik kawalan tersebut.

 

Ketika Berada Di Titik Penamat

  1. Serahkan dengan segera kad kawalan untuk dicatit masa tamat.
  2. Segera beredar supaya tidak menganggu atau menghalang peserta yang lain bakal tiba.
  3. Anda dinasihatkan supaya tidak terus duduk tetapi berjalan-jalan sementara menunggu kadar nadi kembali ke paras biasa.

 

Peraturan Am Pertandingan Orienteering.

  1. Orienteering merupakan satu aktiviti sukan rekreasi. Sila pakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti rekreasi.
  2. Setiap peserta yang mengambil bahagian di dalam sebarang acara orienteering adalah di atas risiko sendiri. Dalam apa jua keadaan pastikan keselamatan diri sendiri dan peserta lain diutamakan.
  3. Berikan bantuan kepada peserta lain yang tercedera serta memerlukan bantuan walaupun ketika itu pertandingan sedang berlangsung. Sekiranya rawatan tidak dapat diberi dengan segera, laporkan kejadian itu kepada pengajur acara pada kadar segera juga. Penyertaan anda boleh dibatalkan sekiranya anda tidak memberi bantuaan kecemasan atau enggan melaporkan kejadian tersebut.
  4. Anda dilarang merosakkan sebarang tanaman, tumbuhan atau harta benda awam di sepanjang landasan.
  5. Jangan masuk kawasan yang ditanda sebagai kawasan larangan.
  6. Elakan dari memanjat pagar dan sebagainya.
  7. Elakan dari menyeberangi tasik atau kolam yang boleh mengancam keselamatan diri anda sendiri.
  8. Laporkan kepada penganjur sekiranya terdapat penanda kawalan yang didapati hilang.
  9. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara, anda perlu melaporkannya di tempat permulaan atau penamat.
  10. Sekiranya anda membawa wisel, ia boleh digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja.
  11. Setiap peserta dikehendaki melawat semua titik-titik kawalan dan menebuk kad kawalan sebagai bukti mengikut susunan yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, bagi acara Orienteering bermarkah, peraturan ini adalah dikecualikan.

 

Pembatalan Penyertaan.

Peserta akan diistiharkan sebagai Did Not Finish (DNF) iaitu penyertaan dibatalkan sekiranya peserta melakukan perkara-prkara berikut :-

  • Menghilangkan kad kawalan.
  • Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya sebagaimana yang ditetapkan.
  • Tebukan di kad kawalan terkeluar dari kotak yag sepatutnya.
  • Tebukan di kad kawalan kurang jelas dan sempurna.
  • Tidak membantu peserta yang cedera yang memerlukan bantuan kecemasan.
  • Menggunakan wisel tanpa alasan yang munasabah.
  • Menaiki sebarang bentuk kenderaan kecuali yang dibenarkan seperti di dalam acara mountain bike Oreentring.
  • Mengubah kedudukan penanda kawalan.
  • Mengambil penebuk pada penanda kawalan.

Berikut merupakan contoh Peraturan Pertandingan Orienteering:

 

Artikel

Asas Simpulan & Ikatan
Asas Ikhtiar Hidup 1
Asas Pertolongan Cemas 3
Full Article image Asas Pengurusan Acara
Full Article image Asas Aktiviti Rekreasi
Full Article image Asas Pertolongan Cemas 1

derekacreative.com

derekacreative New Logos

 

 

 

 

 

Our Expertise :

> Graphic Design

> Website Design

> T-Shirt Printing

Pengunjung Online

We have 117 guests and no members online

My Artwork

Hubungi

De Reka Creative 

71800 Nilai, Negeri Sembilan